Tentang Kami

Natalis Mother Care merupakan sebuah nama singkatan dan gabungan daripada post-natal care dan identiti syarikat ini tersendiri yang memberikan servis penjagaan rapi untuk para ibu bersalin dan juga bayi yang baru lahir.

Mula bertapak sejak 8 tahun yang lalu, mempunyai pengalaman yang luas dalam terapi penjagaan selepas bersalin, menitik beratkan pemakanan yang sihat seimbang supaya para ibu dapat kembali langsing, sihat dan awet muda seperti sediakala ini menjadikan servis kami adalah no.1 di Malaysia dan menjadi pilihan ramai terutama golongan Vip, VVIP dan ARTIS Malaysia.

Mengintegrasikan kaedah tradisional penjagaan selepas bersalin dengan sains moden, para ibu akan menerima rawatan bagaikan DIVA, diet yang seimbang, dan aktiviti gaya hidup yang dapat membantu untuk para ibu mendapatkan bentuk badannya semula.

Confinement Lady yang berpengalaman dan terlatih yang ada disini akan lebih meyakinkan anda untuk mendapatkan rawatan 5 bintang ini.

Dan dalam masa yang sama, pada awal 2018 Natalis telahpun mempunyai anak syarikat lain iaitu Natalis Herbs secara rasminya menyediakan produk berasaskan herbal 100% untuk kegunaan di dalam perawatan pantang dan juga makanan tambahan yang sesuai diambil oleh semua golongan.

Kini, kami telahpun mempunyai lebih daripada 10,000 pelanggan dari seluruh semenanjung Malaysia selama beroperasi. Alhamdulillah.