Faq Natalis Mother Care

Apakah perbezaan pakej ekonomi dan eksklusif?
  • Pakej ekonomi rawatan sehari sekali dari segi berurut, tungku dan sauna. Daun-daun juga pihak kami sediakan seminggu sahaja.
  • Pakej eksklusif rawatan pagi dan petang dari segi sauna, dan mandi herba. Daun-daun juga pihak kami sediakan sepanjang tempoh rawatan.
Adakah Natalis Mother Care menyediakan bahan mentah untuk keperluan ibu bepantang?
Bahan mentah perlu disediakan oleh pihak pelanggan.
Adakah senarai bahan mentah disediakan oleh Natalis Mother Care?
Ya, kami akan sediakan selepas bayaran tempahan dilakukan.
Adakah pakej Natalis Mother Care ini menginap di rumah atau ulang-alik?
Pakej kami hanya menginap di rumah sahaja.
Adakah terdapat caj pengangkutan yang lain dalam harga pakej yang dinyatakan?
Ya, caj tambahan dikenakan untuk kos pengangkutan dan kos tambahan daun.
Adakah set berpantang disediakan oleh pihak Natalis Mother Care?
Ya, kami sediakan set berpantang untuk semua pakej kami dan percuma bangkung untuk semua pakej juga.
Bagaimana jika bersalin awal dari tarikh EDD?
Pihak pelanggan haruslah memaklumkan kepada kami untuk menguruskan CL kepada pihak pelanggan dan bergantung kepada kekosongan CL juga,
Berapakah bayaran deposit?
Bayaran deposit 30% dari harga pakej.
Bolehkah pihak Natalis Mother Care sediakan daun-daun sepanjang tempoh rawatan jika ambil pakej ekonomi?
Boleh, Kos daun-daunan rm40 untuk seminggu.
Adakah pihak Natalis Mother Care menyediakan servis di Sabah atau Sarawak?
Kami menyediakan servis di seluruh semenanjung Malaysia sahaja.

Faq Natalis Herbs

Adakah rangkaian produk Natalis Herbs mempunyai kelulusan KKM?
Ya, semua rangkaian produk kami mempunyai kelulusan KKM dan mempunyai sijil HALAL.
Berapakah isi kandungan Jus Natalis?
500ML
Adakah Jus Natalis boleh diamalkan para ibu mengandung?
Tidak boleh kerana bahan yang terkandung di dalamnya tidak sesuai untuk pertumbuhan janin.
Adakah ibu yang menyusukan bayi boleh amalkan Jus Natalis ini?
Ya, boleh diamalkan oleh ibu menyusu.
Jika mengambil Jus Natalis, adakah sebarang kesan negative terhadap bayi?
Tiada kesan negative kerana 100% bahan di dalam jus tersebut adalah herba semulajadi.
Jus Natalis mengandungi bahan-bahan kimia atau pengawet?
Tiada bahan kimia, pewarna tiruan atau perisa tiruan di dalamnya kerana keseluruhan bahan adalah herba semulajadi 100%
Ketika sedang datang bulan, adakah saya masih boleh mengamalkan jus tersebut?
Berhenti seketika sehingga habis tempoh datang bulan.
Kenapa jus tidak boleh diminum ketika datang bulan?
Kerana ada beberapa herba yang tidak sesuai semasa datang bulan.
Jus Natalis mengandungi berapa herba?
Jus Natalis mengandungi 22 herba tradisional yang diproses melalui cara ‘Homemade’.
Jika saya mengamalkan makanan tambahan lain dan ubatan hospital, adakah boleh saya mengamalkan Jus Natalis?
Boleh diamalkan tetapi haruslah dijarakkan masa selama 2jam setelah pengambilan ubat-ubatan dan makan tambahan lain.